

19/11/2009 (Khamis) - Tak banyak perubahan kat sini..sama macam dulu jugak.. Tak sempat nak jumpa Md Zaen. Habis presentation, kami terus ke airport. Flight pkl 8.15PM, & seperti biasa..delay lagi ke pkl 9PM.
20/11/2009 (Jumaat) - Aku balik dari Brunei sampai rumah pkl 2 pagi. Hari ni cuti ler.. tak larat dong.. Bangun pagi pergi office wife, ambik kereta & hantar rim utk repair @ Taman Sg Besi. Nasib baik boleh repair lagi.. RM200 siap Khamis depan. Alamak.. minggu depan mau raya.. sempat ke? Try survey2 rim baru kat Klang. Tak de design yang berkenan pun. Kalau ada pun, confignya tak sama. Susahnya nak cari PCD100 5 lugs offset 45++. Apa2 pun, tunggu la rim aku siap repair. Kalau nak tukar pun, boleh la trade-in, pakai timbang kati pun jadi lah. Buat sementara waktu, pakai kenari wife.


25/11/2009 (Rabu) - Ingat nak balik ke Pengkalan Hulu malam ni, konvoi dengan Sha & Waida. Call tempat repair rim, tak siap lagi..Esok baru siap. Tak pelah. Esok je la balik kampung. Malam ni, tiba2 teringin nak tengok wayang 2012. Balik kerja, terus siap2 satu family & pergi Alamanda. sampai sana tgk2 tiket semua dah habis, yang ada pkl 12 malam. Malas la pulak.. Balik singgah Tmn Equine, pergi beli DVD private 2012. hehehe. Balik rumah tgk sampai habis. Kesan kemusnahan memang power lah.. cuma jalan cite tak menarik sangat pun. Tak logik pun ada.. semua aksi melepaskan diri dari bencana tu, semua lepas.. tak pernah tak lepas. Nasib baik la tak tengok kat wayang tadi. Lepas tgk, terus tidoo.. ZZzzzZZzz
26/11/2009 (Khamis) - Rim siap pkl 2pm. Terus pergi Klang beli tayar pulak. Belasah Falken ZIEX ZE912 225/40R18. Balik rumah, rehat2 kejap, pkl 6pm baru bertolak ke Pengkalan Hulu. Jalan boleh tahan jem.. ramai yang balik kampung malam ni.. sampai Pengkalan Hulu pkl 2 pagi.




28/11/2009 (Sabtu) - Lepas lunch, kami + Akmal, Yin, Sha & Waida pergi jalan2 ke Sg Petani lak.. Jalan2 makan cendol & bihun sup & singgah Tesco & pasar malam. Balik dah malam.. layan TV & terus bummm ZzzzZzzzZzz.
29/11/2009 (Ahad) - Lepas lunch dalam pkl 3pm, sampai masa utk kami balik ke KL. Singgah @ Kuala Kangsar jap

30/11/2009 (Isnin) - MASUK KERJA!!