0

Hakimi's First Day At School

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor
Kelas : 1 UPSI




0

GAP SS Series








Formula Drift Malaysia @ MAEPS

19-20/12/2009 : Sempat tengok Drift @ UPM. Snap la sekeping dua gambar.



Orang kat sebelah menyebelah semua dengan kamera masing2.,. Lens semua canggih2, panjang2..

Aik.. gambar budak ni lagi... (tapi dia tak pergi tengok drift la.. dia kena duduk rumah baca buku. Aku pergi sorang je).
0

SiComel Ber Bumper Baru

Bumper Kenari wife yang asal ni dah banyak calar balar.. Lips pun dah pecah. Macam2 insiden lah.. Semalam baru berjaya ditukarkan. Kebetulan terjumpa dalam http://www.mudah.my. Nasib baik ada orang nak jual 2nd hand. Kebetulan warnanya pun sama.. Bawak balik & tukar sendiri.. settle.. Jenuh jugak nak bukak. Walaupun penat, bila dah siap, puas hati rasanya bila berjaya buat sendiri. Dah tukar baru la nampak comel. Tadaa....
0

Bermain basikal di Dataran Putrajaya..


0

Best Friend Forever

3 color cube / 50mm f1.8D AF

Hari ni Selangor cuti..
Apa lagi.. jalan2 la..
Jalan punya jalan, terembat pulak Nikkor 50mm f/1.8D AF kat Mines. (Dah lama mengidam ni..)
Test test.. 1 2 3..
On the way nak gi Tesco lak, dalam kereta tiba-tiba Najmi terjerit.. "Ami dah dapat buat 2 warna!"

Wah.. terror.. tinggal satu kotak lagi boleh dapat 3 warna. Try lagi, try lagi..
Beberapa minit kemudian, Ami terjerit lagi.. "Ami dah dapat 3 warna!".


OKlah..teror dah tu. Entah formula mana yang dia guna. Sure main try and error. Nanti babah beli cube 5X5. Baru tau..
OK. Babah nak test lagi 50mm ni.. Test test 1 2 3..




Alamak..lens dah bertambah.. dah tak muat nak masuk beg kecik tu. Ada sesiapa nak jual 2nd hand lowepro? :D
0

Najmi, Rubik Cube & Basikal

Najmi & His Cube from Hasnol Mizam on Vimeo.


Sejak sebulan yang lepas, aku perasan Najmi dah mula start main kiub rubik ni. Sebenarnya aku dah lama belikan bende ni, cuma aku tak berapa main pun & asyik tersimpan dalam almari je. Mula2 aku dengan bangganya menunjukkan bagaimana babah dia menyusun satu warna dengan jayanya.. Masa tu dia memang satu bende pun tak tahu cam mana nak buat. Lepas tu, aku pun tak de la ambik berat sangat pasal cube ni.. Tapi selepas 2-3 minggu dia berjinak2 dengan mainan ni sorang2, aku perasan makin lama macam dah makin terror je.., Tadi semasa makan malam kat luar, aku cuba nak check berapa saat sebenarnya dia boleh selesaikan utk satu warna. Dalam beberapa kali percubaan, purata masa yang didapati ialah antara 25 saat (best time dia utk malam ni) hingga 40 saat. woww... aku cuba mengatasi masa beliau, tapi agaknya otak aku pun dah se-pickup dulu atau dah lama tak main bende ni, memang tak dapat mengatasi masa tersebut. Kagum lak aku.. Walaupun masa yang diambil ini tak la boleh bersaing dengan genius-genius diluar sana, tapi aku rasa cukup bangga jugak.. sebab aku sendiri pun kalah ditangan dia. Balik rumah, aku try nak rakam aksi beliau, tapi masa yg berjaya aku rakamkan ni ialah 35 saat. Still not bad. Aku tanya, "Ami belajar dengan siapa?". Dia kata "Ami main hentam je". "Kawan2 Ami tahu tak macam mana nak buat ni?". Dia kata "Tak de pun kawan Ami yang main bende ni. Ami main sorang2 je." Ish..kagum aku. Nanti nak kasi belajar utk buat 2 atau semua warna lak.. see how.

Najmi ni macam pickup sikit orangnya. Walaupun kadang2 nampak macam malas sikit. (Macam babah dia masa kecik2 dulu jugak la ni. hehehe.. saja puji diri sendiri). Beliau hanya mengambil masa tak sampai 5 minit utk belajar bawak basikal dengan 2 roda. Itulah kali pertama dia try bawak basikal dengan 2 roda. Hakimi pulak lambat sikit, 10 minit baru boleh bawak. Itu pun tanpa sesiapa tolong pegangkan. Pandai2 dia la nak bawak macam mana.. Aku hanya tgk dari jauh de.. Tgk2 dah laju diaorang kayuh. Seronok betul tgk diaorang berjaya bawak basikal. Babah dulu time belajar bawak basikal, macam2 accident pernah berlaku.. Masuk longkang pun pernah, sampai benjol2..

p/s : Gigi susu kacip Najmi dah patah sebatang. Dah kurang hensem.

0

Tengok TV

Back to Top