0

Saja-saja merosakkan gambar

0

Notebook + Internet Connection Setup @ Home

Settle! Noteebook IBM ThinkPad R60 yang bertahun2 di'rehat'kan dari perkhidmatan disebabkan harddisknya yang telah 'kong' telah selamat diperbaiki. Ia sekarang mempunyai 'perut' baru 250G untuk menyimpan segala data/fail, running on Windows XP dengan 3G RAM. (cukup la utk Najmi browse internet..) USB Maxis Broadband Modem disumbat ke Broadband Router TP-Link. Boleh la wife aku pun browse2 dari hp cokia nokia dia tu.


3

Majlis Ulangtahun ke-20 & Perasmian Bangunan Baru & Hari Raya Megapadu Sdn Bhd

26/09/2010 - Majlis Ulangtahun ke-20 & Perasmian Bangunan Baru & Rumah Terbuka Hari Raya Megapadu Sdn Bhd. Ni tempat wife kerja sejak 2005 sampai la sekarang. Sejak sebelum raya lagi persiapan event ini dirancang, akhirnya settle sudah. Tahniah la kepada yang menjayakannya termasuk la wife saya yang kerja keras bagi memastikan semuanya akan berjalan dengan lancar. Sampaikan banyak plan2 jalan2 open house saudara mara & kawan2 dalam hujung minggu ni & minggu lepas terpaksa dilepaskan sebab sibuk menguruskan semua ni. Ramai juga VVIP & VIP yang datang termasuk YB Puan Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air) dan lain2. Aku datang untuk makan & ambik gambar je sebab Datuk Siti Nurhaliza nak datang. Hohoho.


Thanks to :
Dato' Ir. Hanaffi b Daud (MD Megapadu) & his wife, Datin Normaziah (CEO K-life & CEO Megapadu), Roy, & all staffs of Megapadu Sdn Bhd.





2

Maxis Broadband @ Home



Mana lagi OK ye? BB Celcom atau Maxis? Kat Seri Kembangan ni nampaknya line Maxis OK je. Kita try dulu la ye. Dulu pernah try check W1P1Max, tapi malangnya kedudukan rumah aku ni agak terkeluar sikit dia punya coverage, dalam 50 meter terkeluar sikit kalau tengok kat map dia. Tapi agen tu cakap still boleh dapat coverage, tapi malas la nak try. Najmi pun dah bising2 asyik nak guna internet je. Nak tunggu babah dia habis guna, entah berapa jam la Najmi kena tunggu. Entah apa-apa lah yang nak dicarinya kat Google tu. Dah banyak jugak pertanyaannya tentang facebook.. macam mana nak register, cam mana nak bubuh gambar.. nickname tu apa?.. skrg dia pun dah start tercari2 nama nickname utk dia. Adeh.. OK OK. Nanti kita register satu akaun FB utk Najmi. Notebook babah ni babah nak guna buat kerje lah.. Nanti kita fikirkan nak buat cam mana.




///
0

Jalan-Jalan Cari Makan @ Brunei (VC2006)

Terjumpa lak video clip yang pernah aku buat dulu-dulu semasa buat projek ITB kat Brunei di tahun 2005-2006.. Jennifer & Rahimah (ITB) & Serena (B.S.SysCom) selalu sangat belanja kami makan.. Ada saja tempat-tempat baru yang mereka nak bawa & makanan yang mereka nak perkenalkan.. Walaupun terpaksa duduk kat sana sehingga berbulan-bulan pada satu masa, pengalaman di sana sangatlah seronok dan tidak boleh dilupakan.

0

Wide, Wider, Widest!

Yea yea.. page ini dah semakin besauu.. (kalau dalam istilah kamera dslr, ni ala-ala full frame la ni.. Hihiih). Hambik kau. Lepas ni boleh la aku letak gambar size menjolok mata.
(p/s : Gambar je lah yang besar... tapi wide angle lens tak de lagi...huhuh. Memang ada plan jugak nak sambar 11-16 atau 12-24, tapi lately ada satu lagi benda yang menarik perhatian aku untuk dijadikan hobi baru.. Masih berfikir2 lagi samada nak terjebak atau tidak.. Tgk je lah..kalau ada rezeki, jadi ler. Kalau tak jadi pun bagus jugak...
0

Aidilfitri 2010 (Masjid Tinggi, Bagan Serai & Penang)

0

Aidilfitri 2010 (Pengkalan Hulu)






















0

Raya Kedua 11/09/2010 (Video Edition)


0

Raya Pertama 10/09/2010 (Video Edition)

0

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin



Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang terbaca blog ini. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan.. Jika ada tulisan di dalam blog ini yang tersalah kata dan menyakiti hati juga, harap dapat dimaafi. (Saya tak ingin menjadikan blog ini sebagai tempat untuk melepaskan kata2 marah atau mengutuk sesiapa, sekadar diari untuk diri sendiri sahaja..:) And I'll keep it that way..) Walau bagaimana pun, jikalah ada yang 'ter'tulis tanpa saya sedari, harap dimaafkan ya. :)

Tak sabar2 nak bercuti & beraya. Start hari ni, sudah terasa mood raya.. Rasa macam nak start cuti dah, tapi Selasa ada meeting lak. waaaa...

p/s : e-Kad ucapan di atas adalah diambil dari e-kad rasmi eNCoral Digital Solution Sdn Bhd, kemudian diubahsuai.. hihihih.. Sorry yekk... Maleh nak cari gambar lain.

///
Back to Top