5

Composite-SVideo-Component-HDMI






Siapa2 yang pakai LCD TV tentu tahu satu perkara... iaitu kalau tengok Astro, gambar hampeh.. So kalau nak improve gambarnya, kena la pakai kabel elok sikit. Antara brand kabel yang terkenal ialah brand Monster. Decoder Astro cuma ada SVideo port dan AV port sahaja, jadi aku guna port SVideo sebab SVideo punya kualiti lebih baik dari composite video. Selain dari upgrade SVideo kabel, aku beli HDMI converter. SVideo kabel dari decoder Astro tu aku sambungkan ke HDMI converter & dari converter tu lak aku sambungkan HDMI kabel terus ke TV LCD. Untuk audio, aku sambungkan composite kabel dari decoder Astro ke AV System aku.. Kabel HDMI adalah jenis Monster 'Ultimate High Speed'. Ini ialah kategori paling tinggi dalam model Monster dengan speed rate 14.9Gbps. Harga yang dijual kat Harvey Norman memang macam tak masuk akal... Kat Seng Heng, utk model Monster 'Standard Speed' pun mereka jual dengan harga RM1400. huhuhu.. Boleh beli 1 lagi TV. Tapi aku dapat murah. hehhe.. Pas ni boleh la pakai Blu-Ray lak.







Hasilnya.. Tengok Astro lagi better la dari sebelumnya. Semakin kurang gambar yang pecah2 & semakin smooth la sikit. Boleh la kasi 4 bintang dari 5. Walaupun apa pun, masih tak boleh tandingi TV CRT... Nak buat cam mana, dapat upscale ke 720p pun tak guna juga kalau source analog 480p. Apa2pun, aku puashati la dengan gambar Astro yang aku dapat.. hihihi.



Maklumat lanjut tentang Monster Cable : http://www.monstercable.com


5 comments:

dzoul said...

bang,

tanya sikit ... HDMI converter tu beli kat mana & berapa harga dia?

HasnolMizam said...

saya beli kat orang.. RM250

dzoul said...

dia memang jual HDMI converter tu ke? Teringin nak beli, tapi so far tak jumpa lagi kedai yang jual converter tu.

HasnolMizam said...

ok. kasi email kau, nanti aku kasi info pasal ni.

HasnolMizam said...

kepada yang nak cari & beli alat ni, seller tersebut dah tak jual lagi barang ni.. & saya pun dah tak tahu nak cari di mana.. Harap maklum.

Post a Comment

Back to Top